Thursday 10 November 2011

Jumaat 11.11.11

Selamat pagi...semoga tarikh hari ni membawa seribu rahmat, keriangan, kegembiraan,keinsafan serta kersyukuran kepada kita semua, bersyukur,gembira kerana masih lagi diberi peluang untuk melihat alam semesta ni,diberi peluang untuk menghirup udara yg segar ni..(walaupun x berapa segar dah), pagi ni bila on je FB dapat berita yg agak menyedihkan, dapat berita bahawa teman satu sekolah di Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh, Kelantan, telah kembali ke Rahmatullah bersama2 dgn anaknya (meninggal bersalin) kalau tak silap kita meninggal masa bersalin ni mati syahid kan?Subahanallah..dahlah tergolong dalam mati syahid meninggal hari Jumaat pulak tu...Subahanallah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org beriman...Al fatihah... Tetiba je teringat kat anak2 kat umah...sayang sgt2..Ya Allah..engkau panjangkanlah umur aku dan suami dan kurniakan kami kesihatan yg baik semoga kami berdua bersama2 dapat membesarkan anak2 kami dengan kasih sayang serta jadikanlah anak2 kami anak yg soleh dan solehah dan engkau berkatilah keluarga kecik kami ini semoga sentiasa dirahmati oleh Engkau..Ya ALLAH ....Amin...

1 comment: